Monday, June 29, 2026

Al Fatihah Kak Chah

 Assalamu'alaikum wbt

Jumaat lepas, di waktu malam around pukul 9 malam

aku dapat mesej whatsapp dari kawan sekelas aku bgtau kak chah rebah pengsan depan klinik

SPO 79, oksigen rendah, Dr buat CPR tapi masih 50-50

akhirnya Allah jemput kak chah menemui ilahi T.T

aku tergamam. terkejut. tersentak. sedih. sayu

sebab apa? sebab khamis petang ,sehari sebelum tu aku tiba-tiba teringat kak chah. 

aku terus mesej dia tanya khabar dia. kak chah apa khabar?sihat ke?lama tak mesej kak chah

dia kata akak sihat je, skrg tgh sibuk urusetia bola baling.

dan...jumaat malam dapat berita kak chah dah tiada. Allahu kak chahhhhh. kak chah bukan kawan sekelas aku, tapi dia kelas lain tapi kos sama. kos aku ni ada dua kelas dan kami dua kelas ni agak rapat sebab apa-apa aktiviti luar dan lawatan, selalu gabung dua kelas. time kelas PJ pun selalunya gabung kitorang ni, time amali apa semua tu sekelas selalunya. kira macam adik beradik tiri la tapi baik ja hubungan kitorang.

sedihhh nya aku. aku sedih sebab fikir kak chah ayah mak dah takdak. dia sorang je dekat janda baik tu. sorang-sorang dia. adik dia aku tak sure rasanya 2 org laki dkt kampung. kak chah pun tak kawin lagi, dok sorang ja dia.kadang baca status FB dia macam sedih ja, dia macam-macam sumbangan dkt sekolah tapi mcm tak dihargai oleh sesiapa.

tapi kak chah ni seorang yang rajin. dia rajin cari buku, rajin p masjid hunting,ziarah masjid sekitar KL selangor, join kelas agama online, etc2 yang isi masa dengan perkara baik. kak chah ada ajak aku tapi kadang tu aku tak boleh kalau on the spot orang ajak, kena plan dulu seminggu dua awai baru aku boleh

aku rajin jugak mesej tny kabo dia , sebab aku suka bzbody dgn status wasap kawan-kawan. awal Januari dia ada buat status #azamumrah2027. aku pun komen status yang tu. bila scroll balik mesej2 dgn dia rajin jugak aku tegur dia dkt wasap. sebulan sekali mesti ada conversation aku sembang dgn dia. cuma aku terkilan tak pernah spend masa dgn dia atau ziarah dia dkt janda baik. huhuu.  

refleksi untuk diri jugak, Allah jemput kita ni bila-bila masa saja. yang membezakan adalah adakah Allah jemput waktu kita buat dosa, perkara tak baik atau keadaan lupakan Allah, atau dalam keadaan kita niat nk buat baik, sentiasa memperbaiki diri sendiri dan usaha ke arah lebih baik.

bila fikir balik, aku bersyukur dan bernasib baik Allah tak tarik nyawa aku dalam keadaan aku lupa pada Allah dan buat dosa. maksudnya Allah bg peluang lagi dkt aku untuk bertaubat dan memperbaiki diri aku. aku terkesan sangat bab ni sebenarnya lepas berita kak chah meninggal secara mengejut tu. aku rasa takut dan insof sangat. 

haihhh, takutnya . aku harap Allah tarik nyawa aku dalam keadaan Allah redha dengan amalan aku, usaha aku etc2. selama 2 tahun aku akan cuti belajar nanti ulang-alik, aku kena sentiasa beringat dan bersedia, tak mustahil Allah bulih tarik nyawa aku semasa di dalam perjalanan di atas jalan. tapi itulah kekadang nak jugak berkaraoke lagu merepek merepek. 

nanti aku nak save sini la mesej aku dengan arwah kak chah. sebagai peringatan dan reminder untuk aku dan orang sekeliling yang baca. 

Semoga arwah kak chah tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba Allah yang beriman. Allah sygkan kak chah, moga kak chah bahagia dan bertemu mak ayah kak chah tau dkt sana. terima kasih kak chah, kak chah banyak mengajar saya tentang kegigihan mencari ilmu, dan memperbaiki diri. 

Sunday, June 28, 2026

Validation

Assalamu’alaikum wbt

Hey ya everyone. Blog ni macam chipsmore kan. Kejap ada kejap tak ada. Kadang aku private bila aku rasa macam niat aku menulis blog dah tersasar dari tujuan asal. so aku private dan stop sampai niat asal tu dah elok berada di laluannya.

So yeah aku kembali membebel sebentar. Aku beberapa hari ni banyak terfikir tentang diri sendiri.

Beberapa hari ni aku throwback semula tentang personaliti. Aku tanya diri sendiri, sebenarnya personaliti aku ni macam mana ek? Diri sendiri konfius dengan diri sendiri. Sekarang tengah cuba meneliti personaliti aku yang baru setelah system update personaliti terkini. 

Beberapa bulan yang lalu adalah antara titik terendah dalam hidup aku. Aku macam perlu hidup dalam validation orang. Entah kenapa aku macam tu, kan?. Padahal selama aku hidup, aku tak pernah nak mengemis validation dari orang lain, aku tau aku kuat, tak heran apa orang cakap, aku boleh buat semua benda sendiri, aku tak perlukan simpati dan pertolongan dari sesiapa, aku tak berpaut pada manusia untuk lakukan sesuatu, senang cerita aku ni independent woman. 

Eh dah kenapa semua tu boleh slowly menghilang tahun lepas? Mana aku yang dulu yang sentiasa independent tak perlukan validation atau simpati daripada manusia lain? 

Sekarang baru aku terfikir balik, mungkin aku sememangnya diuji emosi bergolak aku 2-3 tahun kebelakangan ni untuk aku slowly fikir balik part diri aku yang mana yang masih tersisa dalam diri aku dan aku perlu buang jauh jauh. 

kalau aku cuba menyelami balik kisah hidup aku, ada part diri aku yang aku perlu validation dari manusia lain, iaitu zaman aku remaja. zaman tu memang aku perlukan manusia lain untuk berpaut dan mengemis validation untuk teruskan hidup. sisa-sisa diri aku tu rupanya masih ada dalam diri aku ni rupanya, sisa diri aku tu hadir balik untuk ganggu sistem emosi dan mental aku. macam orang hilang arah dan gila. 

sekarang aku sedar semua tu sebenarnya 

a natural, protective defense mechanism used by your nervous system to flag an unhealed wound’

sekarang aku rasa apa? aku rasa begitu bodohnya aku bila berada di situasi tersebut. kalau boleh aku nak lempang diri aku 44 kali sebab macam tak sedar masa tu. emosi aku terlalu intense & huru hara dan aku tak boleh kawal. 

tapi sekarang aku dah update sistem diri aku, macam cerita kartun superhero dapat kuasa upgrade baru. aku rasa aku yang dah update processor dan sistem terkini ni, lebih kepada reserve diri sendiri. 


hello, new me



Sunday, June 21, 2026

Belajar dari kesilapan

 Assalamu'alaikum hi blog ku

26 hari berlalu aku tak update blog. Harini rasa nak update

Sebab aku seperti biasa, suka throwback balik

Kali ni aku throwback balik kesalahan dan kesilapan lalu yang aku telah lakukan

Dan semalam aku tertengok video kupas tentang ni. 

point yang aku ingat. Allah uji kita ada sebabnya, lupa dah yang lain nanti aku tengok balik

yang aku ingat " untuk kita belajar dari kesilapan kita dan cuba buat lebih baik"

yang ni aku rasa kena sangat dengan aku

aku fikir balik, nasib baik la aku tak kena panah petir ke, eksiden ke, ketika dalam fasa lalai dan lupa Allah tahun lepas

setelah apa yang berlaku, aku banyak jugak fikir balik. mungkin semua ni sebagai peringatan dekat aku yang kian lama jauh dari Dia?

yala aku kan tahun lepas rasa macam banyak perkara aku nak salahkan takdir, kenapa hidup aku dulu dulu diuji macam ni macam tu, kenapa aku tak macam ni itu, kira macam layak sangat kalau kena panah petir. nak kata punya jahat la kan . tapi Allah masih bagi peluang dan ruang untuk aku muhasabah kan? sayangnya Allah dekat aku. masih bagi aku peluang untuk berubah dan kembali pada Dia..

jadi aku tekad nak mula balik konsisten baca Al Quran. haritu masa pesta buku aku beli Quran besaq gedabak, saiz B4 kalau tak silap. aku niat supaya mata aku terang dan jelas untuk konsisten baca Quran dan maksud. memang beso weh tak pernah aku ada Quran sebesaq ni. tapi ada lagi besaq saiz dia dari B4 ni, yang tu memang giant gergasi Al Quran. 

Alhamdulillah sekarang aku dah start balik nak konsisten baca Quran. baru baca 3 helai sejak minggu lepaih.hihiuhi. okla kan slowly start semula. aku malu weh anak laki aku hafal surah panjang, aku tak hapaii. nohhh maluuu weh. 

kita kena ingat kita ni idola kepada anak-anak. diorang tengok kita, dan jadikan kita role model depa. aku kena ingat hat ni. aku merajuk dgn laki aku pun rupanya dia perati. dia ada sebut balik haritu mama merajuk dengan baba. hishhhh malu weh. oklah lepas ni nak behave perangai elok sikit.

alhamdulillah aku rasa tenang sikit tahun ni. nak marah moody pun dah kurang dan rasa matang dah sikit banding thn lepas. hikmah ujian agaknya kot kan?