Saturday, August 14, 2010

Bizizi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hari ni agak busy dengan kerja ISL dan MAB

ISL untuk subjek Major KAjian Sosial

Semua kena settlekan semua MQA nak mari

Aiyoyooyo.banyak lagi tak siap. dah la lambat buat kerja

ish ish ish...

Jadi buat masa sekarang ni, kurang lah masa nak spend kat blog ku ini

guwer akan berehat dari blogging sehingga lah kerja settle

oleh itu, take care semua. jangan lupa puasa niat kerana Allah

bukan puasa niat sebab dah memang amalan kita setiap bulan Ramadhan

ewah, macam bagi nasihat dalam rancangan Kisah-kisah Nabi pulak

Jadik Wardina sat.kehkeh


:D

sekian wassalam

Friday, August 13, 2010

Rahsia Kalimah Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
Sebelum ni ada dengaq orang cakap yang kalau kita baca بسم الله الرحمن الرحيم dalam setiap perbuatan dan tindakan kita setiap hari, perbuatan kita itu dikira ibadah.
aku pun tak berapa ada ilmu yang mendalam perkara-perkara ini, jadi pergi la mencedok ilmu orang.
cari punya cari, jumpa satu ni kat google. mari sama-sama kita baca.ayuh!hehe

dipetik dari website
http://www.ataphijau.com/2010/08/03/rahsia-kalimah-bismillah/

Rahsia Kalimah Bismillah

Posted by Fares Audah | Posted in Ibadah, Tafsir | Posted on 03-08-2010

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

InsyaAllah kali ini saya ingin membawa perkongsian yang ringkas tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang. Kalimah “bismillahirahmanirahim” sering digunakan ketika kita hendak memulakan bacaan al-quran. Tetapi bagaimana pula ketika melakukan pekerjaan yang lain? Adakah kita sentiasa melafazkan kalimah ini? kalau ya, alhamdulillah tetapi kalau belum,ayuh kita mulakan dari sekarang. semoga setiap perbuatan dan amalan kita mendapat rahmat dan pertolongan dariNya.

Sarjana terdahulu ada menyebut bahawa ringkasan kitab-kitab terdahulu terdapat dalam al-quran, ringkasan al-quran ada dalam al-fatihah dan ringkasan al-fatihah berada pada kalimah bismillah. secara realiti, kalimah bismillah ini mempunyai makna yang sangat besar daripada Allah yang menurunkan kitab.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pengertian bagi kalimah ‘bi’ yang membawa maksud ‘dengan’ pada pemula ayat pertama Surah al-Fatihah. Kebiasaannya, kalimah ‘bi’/'dengan’ berada di tengah-tengah ayat dan disandarkan kepada sesuatu perbuatan sebelumnya.

Kalimah ‘bi’ iaitu ‘dengan’ dalam ayat pertama Surah al-Fatihah ini tidak disebut dengan apa-apa perbuatan atau sesuatu yakni tidak disandarkan dengan perbuatan, ayat yang tergantung.

Kenapa?

Kerana seluruh perbuatan yang kita lakukan itu hendaklah disandarkan kepada Allah agar ia menjadi ibadat. oleh kerana itu, apabila hendak makan, kita sebut bismillah, bila hendak belajar kita sebut bismillah. dalam kata lain, dalam setiap perbuatan kita bermula dari bangun tidur sehingga kita kembali ke tempat tidur, kalimah bismillah perlu disebut.

Kelebihan menyebut bismillah

1. Sentiasa mengingatkan kita kepada Allah swt.

Memulakan sesuatu dengan menyebut bismillah akan menyebabkan kita sentiasa mengingati Allah kerana kebiasaannya manusia mudah terlupa dan terkadang manusia juga mudah lagha dalam tindakannya. jadi, salah satu cara untuk sentiasa ingat Allah ialah dengan menyebut bismillah.

Allah ada berfirman dalam surah ar-rad:28

“hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang”

2. Mengingatkan kita kepada tujuan kita dihidupkan.

Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk beribadat kepada Allah.

Firman Allah:

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadat kepadaku”(az-zariyat:56)

Jadi, sekiranya kita membiasakan menyebut bismillah, insyaAllah kita akan ingat tujuan kita diciptakan.

3. Menjadikan setiap perbuatan kita sebagai ibadah.

Setiap tindakan kita akan dikira sebagai ibadat sekiranya niat kita hanya untuk Allah serta tujuan kita untuk mendapat redha Allah.

4. Menjadikan kita hamba yang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah dan Maha penyayang. Keyakinan yang teguh dengan sifat-sifat Allah akan menyebabkan kita sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah. Sifat ‘ar-rahman’ Allah berikan kepada semua makhlukNya supaya kebergantungan kita hanya pada Allah. terkadang Allah sengaja membiarkan hambaNya kerana Allah merindui suara hamba-hamba yang jauh dariNya. Allah sentiasa mengharapkan hambanya berdoa dan meminta kepadaNya. Pertolongan dan sokongan siapa lagi yang kita harapkan kalau bukan daripada Tuhan yang Maha Berkuasa.

5. Menghalang kita daripada melakukan perkara yang Allah larang.

Lafaz bismillah insyaAllah akan menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan dan dosa. Cuba kita bayangkan, jika seseorang berniat untuk meniru atau mencuri tetapi mulutnya terlebih dahulu menyebut bismillah dan hati dan akalnya memahami kalimah itu, adakah dia akan meneruskan niatnya yang jahat itu? sudah pasti orang itu akan terus menghentikan niatnya itu kerana tidak mungkin kita mengingati Allah serta mengharapkan bantuan dan pertolonganNya sekiranya kita hendak membuat dosa.

Abu hurairah telah meriwayatkan bahawa syaitan dari orang mukmin bertemu dengan syaitan daripada orang-orang kafir. Tiba-tiba kedapatan syaitan daripada orang kafir itu dalam keadaan yang gemuk, sedangkan syaitan bagi orang mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan orang kafir itu bertanya kepada syaitan orang mukmin.

Syaitan orang kafir : Kenapa kamu kurus kering dan dukacita?

Syaitan orang mukmin : Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya.Apabila lelaki itu hendak makan, beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar. Apabila minum beliau menyeut nama Allah, jadi aku terus kehausan. Apabila memakai pakaian, beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus bertelanjang. Apabila beliau memakiai minyak rambut beliau menyebut nama Allah, dengan itu rambutku terus kering dan kusut.

Syaitan orang kafir : Tetapi aku mendampingi orang yang tidak melakukan sedikit pun daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pakaian, makanan dan minumannya.

MasyaAllah, betapa besarnya manfaat menyebut nama Allah. Diharapkan kita semua dapat mengamalkan perkara yang mudah ini, insyaAllah. Semoga kita semua akan beroleh rahmat dan hidayahNya dengan menjadikan setiap amalan kita sebagai ibadah. insyaAllah ganjaran yang besar akan menanti orang-orang yang beriman.

Wallahua’alam

TIp-TIp Elak daripada Putus Asa

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Kepada sahabat-sahabat yang disayangi sekalian
kadang-kadang kita terlalu sedih dengan kehidupan kita
ada masalah keluarga, masalah cinta, masalah kawan, masalah diri
sehingga kita putus asa dan menghadapi tekanan emosi yang sangat
sehingga membuatkan sahabat-sahabat rasa tidak selesa dengan kita
mula lah muka masam, nada suara pun sudah lain

peringatan ini bukan untuk sahabat-sahabat sahaja,tapi untuk diriku juga
walau macam mana besar pun masalah kita, berbalik lah pada Dia
Dia lah yang membantu kita ketika waktu susah, tidak jemu mendengar doa kita,
tidak jemu memaafkan kesalahan dan dosa kita,yang kita berulang-ulang buat.
oleh itu, jangan sedih.jangan berputus asa
"Jangan bersedih.Sesungguhnya Allah bersama kita"

TIP-TIP ELAKKAN DARIPADA BERPUTUS ASA
*dipetik dari solusi isu 22 ms 13
  • Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik
  • paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua.Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t
  • Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
  • Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan

Thursday, August 12, 2010

Anak Soleh-Rabbani

salam
Dulu masa sekolah rendah, era tahun 1998,1999 dan 2000
tiap hari Jumaat dalam pukul 12 tgh hari sampai 2 petang di NTV7
selalu ada video video nasyid.antara video video nasyid tu
ada satu video nasyid yang aku ingat sampai sekarang.
nasyid tu bertajuk Anak Soleh daripada kumpulan Rabbani
Video dia sangat menyentuh hati. jadi sapa-sapa nak tengok, gi la cari kat internet
moh kita share lirik dia

Anak Soleh
Artist: Rabbani

Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

wslm. .

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Salam
Alhamdulillah,sempat lagi kita bertemu dengan Ramadhan tahun ini
Aku berharap Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun tahun lepas
tahun tahun lepas, aku anggap bulan Ramadhan ni untuk puasa ja.sebagai amalan..

Ramadhan bukan beerti kita berpuasa perut sahaja, tetapi puasa hati, mata, telinga, mulut dan anggota badan. paling penting sekali ialah mulut, biasalah kita ni suka bercakap cakap, kadang terlepas mengumpat orang.

Anggota badan seperti kaki tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat. tidak ke cafe untuk berbuka puasa bersama bukan muhrim, hormatilah bulan mulia, bulan Ramadhan. kejarlah keberkatan bulan ini..

Friday, August 6, 2010

Masa Ibarat Pedang

Salam

pepatah yang selalu kita dengar " masa itu emas"pepatah jarang jarang dengo

"masa ibarat pedang tajam yang sentiasa memotong. kalau kita gagal merancang pengurusan masa kita, pedang masa itu akan memancung dan memotong serta menghancur lumatkan kehidupan kita."

pejam celik pejam celik celik
tengok tengok dah hari Jumaat dah hari ni
Kejap nya masa berlalu!!
rasa macam baru semalam aje jumaat yang lepas
tengok-tengok dah hari Jumaat dah

dasyat betoi masa .cepat sangat berlalu. masa itu adalah amanah untuk kita. perlu kita manfaatkan sebaikbaiknya. diri ni pun sama, masa selalunya tak digunakan sebaiknya. biaq berlalu gitu ja. namun, jangan lupa bahawa masa-masa yang digunakan ini akan dipersoalkan esok hari,

Kita akan dipersoalkan 4 perkara di hari perhitungan nanti:

-Tentang umurnya ke mana dihabiskan.
-Tentang masa mudanya ke mana digunakannya.
-Tentang harta dari mana diperolehinya dan ke mana digunakannya
- Tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya.

Sama-sama kita gunakan masa dengan sebaiknya.Janganlah asik buka facebook dan blog (terkena batang hidung sendiri.hehe)
wassalam

Thursday, August 5, 2010

Remember


It may be that you hate something
When it is good for you
And it may be that you love something
When it is bad for you
Allah knows and you do not know
(Al-Baqarah:216)

Solusi Isu

Salam
Latest Solusi Isu 22 sudah berada di pasaran
Di SMO Jerteh (kepada pelajar IPGM KSM)
cepat beli before habis


try to read this magazine instead of mangga or remaja.
insyaAllah sama-sama kita mendapat input dan manfaat :)
Acu cuba try test baca. (ayat ustaz azman)
ehe~
wslm

Nostalgia

Salam
Hari ni nak share satu daripada lagu-lagu nasyid faveret ku
Antaranya, Nostalgia, daripada kumpulan Shoutul Amal
Try la dengor yek bes lagu ni :)

Shoutul Amal - Nostalgia


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama

Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Tuesday, August 3, 2010

Brochure Math

Salam
Seminggu berpenat lelah
akhirnya siap!!
Brochure Mathematics.
Aku dan angah pilih topik length .

Terima kasih atas kerjasama angah ku sayang
akhirnya siap juga.walaupun silap print tapi
akhir sekali,kami berpuas hati dengan hasilnya
sebab dah berhempas pulas selama seminggu dan tenaga
hehe.
Assignment Murid dan Alam Belajar baru dapat
Hope aku tak buat dah assignment last minit macam before before ni!
takmau dah last minittt!!!!!!

Last minit punya kerja mengurangkan kualiti
dan mengurangkan produktiviti bakal guru
maka ayuh kita jadi rajinnnn!! (semangat lebih )

sekian~wslm