Saturday, August 28, 2010

Merah Saga

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
ada satu nasyid yang aku sangat suka
sedih tengok video ni
orang Palestin tak pernah hidup aman,
tapi tetap nak lawan juga walaupun baling batu
tapi kita ?kita bergembira duduk kat Malaysia.aman damai
gembira dan asyik dengan hiburan,cinta(sblm kawin.ehe),duit, kemewahan,
kita boleh bergembira tapi ada hadnya.jangan sampai lupa pada saudara kita
saudara seIslam yang ditindas di seluruh dunia.

oleh itu kawan-kawan,mari kita muhasabah diri dan dengaq nasyid best ni



Im Home.ehe

Salam
Akhirnya sudah sampai rumahku sorrgaku pada 5pagi hari jumaat
sampai-sampai ja orang dah tengah kalut bangun soq (sahur)
malam tadi pulak buat kuih samprit
sedap gak resipi ni. hangpa suma nak try ka?
nanti guwer bagi ya.
oklah, nak buat kerja assignment hat belambak ni
selamat berSBE buat rakan-rakan IPG

wslm

Wednesday, August 25, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Akhir-akhir ini terlalu baaaaaannnyaaaakkkkkkk kes buang anak
gejala sosial, buang anak dah jadi satu benda yang dah biasa dalam masyarakat Islam
kat Malaysia ni. banyak betul pihak bagi cadangan nak atasi masalah ini.
Semua bagi cadangan yang rasanya tak munasabah
Kerana punca segala masalah ni semuanya adalah kerana asas pegangan agama yang tidak kuat. Agama tidak dipedulikan, kalau peduli pun hanya sebagai ala kadar sahaja.

Jadi antara cadangan ku ialah: _________
oopss.lupa,tak boleh terlalu open nak bagi cadangan, aku masih lagi pelajar
dan mungkin akan dikenakan akta 174 kalau suarakan pendapat yang tak selari dengan...
eheh. apa-apa pun, sama-samalah berdoa supaya kita akan melahirkan generasi yang sentiasa mencintai Allah dan mempunyai sifat kebergantungan kepada Allah.dan penting sekali, generasi yang teguh imannya, yang takut melakukan perkara larangan Allah, amar ma'ruf nahi mungkar,dan menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang taat. Aminn.


Tapi kita perlu mendidik diri kita dahulu sebelum nak mendidik anak sendiri satu hari nanti
wslm

Monday, August 23, 2010

Untukmu Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Hoho.lama jugak tak post, almaklumlah busy.
ni pun ada reja jugak tapi rasa nak post sat.

Pagi hari Sabtu yang lalu telah diadakan program Untukmu Palestin.
Ramai dah dijemput hadir, namun kehadiran pada hari tersebut agak menyedihkan laki 3 baris, perempuan alhamdulillah 3/4 kerusi dewan kuliah,
tapi rasa agak sedih jugak sebab kwn-kwn yang kita sms ramai tak bagi respon
tapi tak mengapalah, mungkin ada kerja lain dan mungkin dari kesalahan dan dosa-dosa saya yang lalu jugak sehinggakan saya takdapat memberi manfaat kepada orang lain.

tak pa, kepada sapa hat tak pi, saya (maaf la suka tukaq tukaq kata ganti nama , kejap 'saya' kejap 'aku'.eheh) share beberapa maklumat yang saya dapat nah. jom sama-sama kita hayati :)

"Hukum syar'ie yang disarankan syariat Islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang (serangan rejim Zionis ke atas Gaza) adalah wajib ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di Gaza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut sendirian. Orang Islam adalah umat yang satu...Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah"
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Dari pada ayat di atas, kita sebagai saudara Islam dengan rakyat Palestin wajib menolong mereka. Tapi dengan keadaan kita yang tidak mempunyai kuasa (hanya sebagai rakyat biasa), kita tolong setakat yang boleh. Serangan rejim Zionis ke atas Gaza, Palestin tidak akan berhenti sehingga ke saat-saat waktu hampir Kiamat.

Kita hat hidup kat Malaysia aman damai, duk kat Institut Pendidikan Guru tepi Pantai yang indah ini, terlalu selesa sampai kita langsung tak hirau kat rakyat Palestin yang setiap hari diserang. Sungguh alpa kita di sini.

Sebenarnya isu Gaza(Palestin) bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata bahkan ianya juga adalah isu besar persaudaraan dan keimanan. Antara langkah-langkah praktikal kita untuk menolong saudara kita di Gaza ialah:
  • Semua khatib, pendakwah, guru dan umat Islam di seluruh tempat hendaklah memberi pesanan kepada orang ramai supaya menguatkan ikatan dan keimanan kepada Allah Ta'ala. Beritahu orang ramai agar menjauhi segala maksiat kerana maksiat merupakan antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan dari Allah lambat menjelma
  • Menghidupkan kembali program boikot semua barangan syarikat-syarikah Yahudi, Zionis, Amerika, Eropah dan lain-lain yang turut membantu menguatkan Yahudi
  • Turut serta dalam semua aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Islam di Gaza
  • Melancarkan kempen-kempen derma wang ringgit sama ada di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan dan seumpamanya.
  • Membuat propaganda dan iklan secara meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa' ayat 75 bermaksud:

"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka selalu (berdoa dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami!keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrikin) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)."

________
Banyak gak input yang dapat, ada lagi tapi tak pandai nak cerita. ehe.tapi sebelum penutup ada tayangan video bertajuk "Tayangan AKhir Zaman". Tayangan tu buat aku rasa seram sejuk sebab ada hadis nabi yang memberitahu zaman umat dia 5 fasa. dan kita sekarang ni berada di fasa ke 4. dan fasa ke 4 ni lah syaitan bertungkus lumus nak sesatkan dan nak tarik anak nabi Adam masuk neraka sekali dengan dia sebab fasa 4 ni juga banyak cabaran yang berlaku terhadap umat Islam. fasa 5 apabila Islam mula membangun semula dan selepas fasa ke 5........ (faham-faham sendiri). Hadis nabi tentang fasa ni akan ku ceritakan dalam entry akan datang, sebelum tu nak merujuk pada sumber sahih dulu. ye la ilmu kita pun tak tinggi mana.ehe.

Kesimpulannya daripada program ini:
  • sama-samalah kita muhasabah diri dan fikir tentang diri kita, tujuan kita hidup ni untuk apa dan apa arah tuju dalam hidup kita.apa prinsip hidup kita.
  • isu Palestin tak akan berakhir, namun kita sebagai umat Islam perlu mengambil tahu dan rasa tanggungjawab terhadap penderitaan saudara kita. bantu mereka sekadar boleh. doakan mereka setiap kali lepas solat
  • zaman skarang(FASA4), zaman syaitan sedang giat berusaha menggoda kita untuk melakukan perkara tak elok (mengumpat,dendam,iri hati,batu api etc etc) dan maksiat maksiat maksiat. syaitan ni dia jeles kat kita so dia nak tarik kita masuk neraka jadi geng dia kat akhirat nanti. persoalan di sini, kita nak ka jadi geng syaitan kat neraka nati??? nak jadi bestfren dia?
  • sampai bila kita nak berada macam ni (keadaan diri kita sekarang-peringatan untuk diri sendiri sebab banyak betul dosa hidup-hidupku yang lalu...) . mari kita sama-sama berubah, masa masih ada tak terlambat. biar kita berubah sikit demi sedikit mengikut kemampuan kita. hasil soal kedua tapi usaha kita yang penting. biar sikit asalkan berhasil
  • akhir sekali ,sama-sama mendoakan kepada semua umat Islam yang masih alpa supaya satu hari nanti saudara saudara seIslam kita berjaya menjauhkan diri dari bisikan bisikan syaitan yang terus menerus mengajak kita ke arah kejahatan, maksiat, dengki, dendam, benci, mengumpat dan lain lain.
Sekian.wassalam~

Saturday, August 21, 2010

Design And Art

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Design n Art (speaking kejap.ehe) selalunya sinonim dengan ala-ala
design fashion ke, seni lukis yang bercita rasa tinggi ala-ala monalisa
dengan unsur unsur tersirat dalam lukisan tersebut dan etc etc

Tapikan, design n art juga merupakan satu medium yang dapat menarik orang orang muda khususnya (muda macam saya ) untuk muhasabah diri. contoh seperti brotherhood art design yang buat t shirt lawa-lawa dan stylo dan juga komik islam alwan yang menyampaikan dakwah melalui komik. tapi hari ni nak kongsi beberapa gambar yang sangat comel tapi memberi makna.Pembelajaran bermakna (seperti kata lec Murid dan Alam Belajar)






Isn't it cute? ^.^

Wslm~

Thursday, August 19, 2010

Buat sepuluh tolak satu

Salam

saya rindu kalian...

Hidupkan Sunnah Bersahur

بسم الله الرحمن الرحيم

dipetik daripada Solusi Isu No 22 ms 12
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

HIDUPKAN SUNNAH BERSAHUR

Berdasarkan ayat 183 surah al Baqarah, umat terdahulu juga diwajibkan berpuasa.
Matlamatnya sama, iaitu melahirkan ketaqwaan kepada Allah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan besar di antara puasa umat nabi Muhammad s.a.w dengan umat terdahulu dalam aspek pelaksanaanya.

Perbezaan yang jelas adalah bersahur. Sahur hanya khusus untuk umat Muhammad s.a.w, berdasarkan hadis Imam Muslim no 1836, dia meriwayatkan yang antara lain bermaksud: " Beza di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur."

Berkat Bersahur

@->Dalam sabda hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat Al- Bukhari no.789 dan Muslim no 1835)

@-> Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup. Ketika mensyarahkan hadis keberkatan sahur ini, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:

- mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
- tidak menyamai kaedah ahli kitab
- menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
- mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
- menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
- dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur

@-> Berkat adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat. oleh sebab itu berkat termasuk
dalam perkara ghaib yang wajib diimani oleh seseorang Muslim. Maka bersahur yang
menepati kehendak Islam akan menambahkab iman dan taqwa

Itu Bukan Bersahur"

Ustaz saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper (makan lewat malam) sebelum tidur, kemudian hanya bangun apabila azan Subuh. Adakah ini dikira sebagai bersahur?" Sebenarnya amalan itu bukan supper, tapi suffer.

Mengikut ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan wujudnya penyakit dan kegemukan. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, budaya itu harus ditinggalkan.
_____________________________________________

* sedikit ilmu yang ditemui untuk dikongsi bersama kawan-kawan :) wassalam

Wednesday, August 18, 2010

Tat Nenas

Salam
Sapa suka tat nenas?Angkat jari!
Tat nenas merupakan sejenis kuih yang femes la jugak
Rasanya bukan kuih, tapi Biskut.

Dalam family ku, semua suka tat nenas especially ayah
Dan tat nenas tiap tahun buat sendiri
sebab kalau beli selalunya tat nenas tu tak sedap
satu family memang tak suka tat nenas yang mempunyai tepung yang gebu
bila dimakan dia macam debu-debu dan lembut dan rasa macam makan tepung tak masak

Jadi tiap tahun kami akan membuat tat nenas sendiri.
Sebab kalau kami buat sendiri, sedap. tepung dia agak rangup sedikit.ehe
ingat nak berniaga tapi takpa la nanti aku dah kerja, aku jual tat nenas sambil sambilan
Membuat tat nenas ni sangat mudah dan hasilnya sedap!
Nanti balik rumah kami bagi resipi kat hangpa suma nahh!
sekian wassalam~

Monday, August 16, 2010

Budu dan Petai

Salam
Budu dan petai.
Dua mende yang aku sangat anti dulu-dulu
budu.busuk.petai.busuk jugak

Aku pernah merasa Domino's Pizza,Manhattan Fish,PizzaHut,KFC,McDollah(McDonald),
Tapi tak pernah rasa makanan dua ni
Budu dan Petai
Kat rumah aku, mama ayah tak pernah langsung beli petai selama ni
Budu pun tak pernah (memang la,kedah tak makan sangat budu ni)

Tapi di sini guwer nak ucapkan terima kasih pada rakan-rakan
yang telah mengajar aku budu dan petai
kawan-kawan ku di sini kata, "Try la makan"
Setelah try, sedap gak!
Kini aku join sekaki kalau ada budu dan petai .dah jadik favourite plak!
ahahahaha~
apa-apa pun, pengajaran di sini, cuba la suma makanan tempatan.
jangan berlagak bandar sangat! (cam aku .ehe)
ingat kita semua ni asal dari kampung gak kan.tok nenek moyang kita.

sekian wslm

Sunday, August 15, 2010

Am I ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Tadi kata nak tulis lepas settle keje,tapi rasa jugak nak berceloteh di pagi buta ini.ehe~
Sekarang ni,setiap hari, mesti aku akan terfikir satu benda dalam otak ini
Fikiran akan melayang terhadap perkara-perkara berkaitan hidupku yang lepas lepas
*satu kajian mengatakan kanak-kanak yang suka cakap sorang-sorang(monolog), bila mereka dah besaq @ dewasa, mereka akan banyak berfikir,dan berkata dalam hati (monolog dalaman)

Dan aku adalah salah seorang daripada kanak-kanak tersebut.sebab tu sampai sekarang kadang-kadang tercakap jugak sorang sorang kat dalam bilik ke,luar ke.ehe
ok berbalik pada tujuan utama kita, aku suka terfikir, adakan sekarang ni aku..
Sombong ek?? apakah pendapat kawan-kawan?how do you feel about it?i hope u can share with me.hehe (asah ketajaman berbahasa Inggeris.ewah,perasan)

Mana taknya nampak sombong, dulu keje suka pokpekpokpek.bising dalam kelas
Suka bercakap tanpa berfikir. Lepastu ada friendster dan facebook, so lagilah bertambah kawan-kawan. kenal senior-senior yang sepatutnya tak kenal before ni. pastu kalau jumpa selalu tegur tegur.sosial jugak aku ni.ahah

Tapi sekarang aku jadik malas gile nak bercakap. tapi bukan takmau bercakap.sebab aku ni jenis cakap banyak, bila cakap banyak sangat nanti aku akan terlepas cakap seperti mengata orang ,gosip.yang paling penting, takut "terrr"mengata tentang kekurangan kekurangan orang lain. ishish.jahatnya mulut ni.orang kata mulut ni lagi tajam dari pedang, betul dah tu.

dulu aku tak kisah sangat kalau pergaulan dengan laki sebab bagi aku,"Rileks ar, ape nak kecoh kan. asal tak bergaul bebas ok la tu. takat jumpa-jumpa, tegur-tegur, normal maa.ala kawan ja pun, takpa la " aku ingat lagi masa dekat UIA, suka duk komen-komen sebab kat sana laki dengan perempuan tak bergaul sangat.bagi aku,boring la, Skema.hehe

tapi sekarang ni, aku pulak jadik orang skema ni.bergaul tu,bergaul juga cuma agak kurang daripada dulu. fuh.padan muka, aku dah jadi skema.dulu suka tak puas hati sangat orang skema, sekarang..hamik kau, kau sendiri jadi skema.ahaha~

Apa-apa pun, aku tak kisah kalau orang nak cakap-cakap tentang ku.sombong ke,ape ke
tapi kalau nak share kan kritikan membina lagi bagus, mungkin boleh digunakan untuk diri ni. :)

ada kata-kata 2 org hamba Allah yang aku sampai detik ni, lekat dalam otakk ni

1. biar sedikit usaha kita, tapi berhasil
2. lebih baik kurang ilmu,tapi beramal dengan ilmu yang ada, daripada ilmu byk tp tak beramal dengan ilmu yang ada

*kita ni hanya pinjaman dari Allah. ibu ayah pun pinjaman, adik beradik pun pinjaman, sahabat-sahabat pun pinjaman, bila-bila masa ja Allah boleh ambil balik barang Dia pinjamkan. Jasad kita, roh kita. KIta jangan terlalu rasa hebat, kena ingat kita ni macam robot. bila-bila masa DIa yang cipta kita boleh OFF kan suis kita. tapi Dia sayang kita,sebab bagi lagi kita peluang walaupun kita ni robot yang tak pernah kenang budi Dia.

sekian wassalam :)