Thursday, February 10, 2011

Dangerous Minds

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Baru lepaih habis tengok movie Dangerous Mind

Untuk subjek EDU. PBD.Puan Saroya suruh tengok.
Cerita menarik, actually tak ada la menarik sangat
tapi banyak jugak input yang diperoleh.
Bagaimana seorang cikgu nak tackle anak murid dia dari latar belakang
Keluarga dari kelompok2 miskin, jalanan, etc2.

Betapa semangatness chekgu ni dan tak putus asa nak ajo pelajar beliau

Menarik dan anda patut nonton nye bersama rakan-rakan bakal cikgu.ehe~

Ni antara quote yang saya tertarik dan suka dengo

  the mind is like a muscle, if you want to be really powerful,
 you have to work it out,
 each new fact, give you another choice, 
each new idea, build another muscle
 and those muscle that gonna make you really strong, 
those are your weapon

nampaknya, kena belajar dari sekarang macam mana nak tackle pelajar ye dok
bukannya mudah..apatah lagi kalau remaja .
Sebab tu cikgu perlu memahami psikologi juga. ehe~
Walaupun cita-cita ku nak jadi pakar psikologi tak tercapai
harap dapat aplikasi ilmu psikologi ni masa jadi cikgu nanti.ewah wah
mari semangat .ahaks

wslm

Tuesday, February 8, 2011

2 month +

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Hai, My Name is Muhammad Muadz Ikhwan
I am a boy and getting comeller day by day
Some people said my face look like my beloved father, Irzan 
Less people said my face look like my beloved mother. hehe .pity my mom :D
I am chubby and have sepet eyes
Alhamdulillah , im 2 months old now. 


I have 4 aunties/ makciks
 Cik Ngah is 24 years old, she studying at UTM Skudai
 Mak Lang is 22 years old and she studying in Aussie
 we never meet since I was born. I hope she will bring back a kangaroo for me.hehe
MakTeh is 21 years old and she's now in Besut.Studying to become a teacher
My youngest makcik is Mak Su, she's now 19 years old and studying in Uitm Puncak Perdana


CikNgah and MakSu love to bully me.THey like to picit picit my chubby cheek. they like to play with me and bullying me. I love play with my both auntie. 
MakTeh said she afraid to play with me because she dont know how to hold a small baby like me. MakTeh is so weird.hehe. Maybe I should wait another 3 month so Mak Teh can play with me too. MakTeh, you should practise how to hold a small baby, because you will get a baby soon when you get married.

Oh ya, my Tok Ayah/Grandpa is now 50 years old and my MakTok/granny is 49 years old
They look so young like me.kehkeh

I hope I will be a soleh son to my ayah and umi
And never forget, I want to be a good Mukmin and love Allah :)

sorry 4 my grammar mistakes. Im 2 month old and still learning. :D

wslm

Saturday, February 5, 2011

Boring!!Bosan!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Mari kita baca satu kisah muhasabah buat tatapan bersama
dipetik dari Solusi Isu 26 (Apakah Nilai Kita) ms 80

--- ---- --- -- -- --- - - - -- - ---- ---- ---- ---- ---- ----

Ada suara yang mengungkapkan :
"Boring la hidup ni!"
Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata

Seorang lelaki bekerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia.

Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (Khalifah)

Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surau Al-Dhariyat 51:56)

Allah juga berfirman yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini." (Surah alBaqarah 2:30)

Dua MISI inilah yang membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat
_______________________________________________

Kesimpulannya. (pandangan sndiri.hehe)


  • Kita hidup kat dunia ni ada MISI. Kita bukan CIA, spy untuk jalankan Misi ala ala James Bond. Tapi kita ada misiii yang sangat penting untuk agama. Misi kita hidup di dunia ni ialah sebagai khalifah Allah dan untuk beribadah kepada Allah. dalam Usaha kita nak beribadah dan jadi khalifah Allah ni lah, kita diuji dengan pelbagai dugaan, godaan. dari sini lah kita kena berjuang dengan hawa nafsu kita untuk mengatasi semua rintangan ni.
    • Misi sebagai Khalifah : kita merupakan pemimpin dunia ni. kita boleh manipulasi haiwan, alam sekitar, batu batan, minyak, dengan tangan kita. kita juga boleh memimpin manusia lain ke arah kebaikan atau kejahatan. kita ajak kawan kita untuk buat maksiat, lupakan Allah, atau kita ajak kawan kita untuk ingatkan Allah. manusia banyak pilihan untuk nak buat jahat atau baik. ujian kita sebagai khalifah bukannya mudah,

    • Misi sebagai Ibadah kepada Allah: Ibadah, segala apa yang kita lakukan niat kerana Allah ta'ala, dinilai sbg Ibadah. makan kerana Allah, gi kuliah krn Allah, tlg org krn Allah.etcetc. Bagaikan usaha kita untuk beribadah kpd Allah?solat wajib,solat sunat, alQuran, ajak kawan ke arah kebaikan ingatkan Allah, menyebarkan agama Allah, bercakap perkara baik,tolong orang lain,bsedekah, jauhi mengumpat,dendam, mengejek.etcetc

  • Gunakan masa sebaiknya, kerana Allah akan tanya apa yang kita gunakan dengan masa yg Dia berikan. adakah untuk buat sesuatu kerana Allah?atau buat perkara yang dia larang?
  • Satu lagi peringatan utk saya dan kawan-kawan, kalau kita join orang dan bersubahat dalam membuat maksiat, ke arah maksiat, mengumpat, mengata orang, menipu, kita akan dapat saham free dengan orang yang kita join tu. jadi, jagalah diri, jangan suka suka kita nak enjoyyy sangat duk kat maktab ni sampai lupa yang kita ni buat perkara yang kurang elok. peringatan utk diri!
  • kereta koop tu kalau nak sewa, pergilah dengan tujuan yang baik. destinasi yang kita nak pi tu ada kebaikan. bukan hanya buang masa nak enjoy dan berseronok.
nanti tiba-tiba accident mati kat jalan on the spot, dalam record Allah, kita ni mati sebab apa? mati dalam perjalanan nak p Bukit Kluang hanya untuk enjoy enjoy berseronok tanpa langsung nk teringat kat Allah! mati katak macam tu je kan. peringatan untk diri jugak sebab suka keluaq hanya utk suka suka. ehe~

wslm

Wednesday, February 2, 2011

Sibuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Fuh busy sungguh semester ni!
Baru berangan nak awal tahun haritu nak post macam2 dalam blog ni
Nak post artikel dari solusi la,itu la ini la
Tapi hapa pun tarak lagi.

Minta maaf ye, tp bukan hangat2 tahi ayam,cuma terlebih busy
Banyak mende yang nak share sebenarnye, tapi tak sempat nak menaip
Sem ni azam baru, nak belajaq rajin rajin dan sungguhs.
Masa untuk blog pun agak terhad ditambah lg dgn mslah internet di maktab

Oklah,itu sahaja celoteh untuk pagi ini
Banyak lg reja nak kena settle.~tsktsk

Tuesday, February 1, 2011

Judge a book by its content

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Ada pepatah mengatakan, jangan judge orang dari luaran, tp dalaman
Apakah pendapat anda?

Saya kurang bersetuju dengan statement dan peribahasa 'dont judge a book by its cover'
sebab orang akan gunakan pepatah ni untuk excuse bagi kes kes macam ni
"Ala tak pakai tudung pn tak semestinya jahat kan?yang pakai tudung pn bukan baik sangat pun"

Tudung?tak .bukan sekadar tudung. Islam bukan suruh kita pakai tudung ja. Tapi aurat.
aurat, hijab. tutup aurat.tidak menampakkan bentuk, tidak menarik perhatian lelaki.

Saya nak buat statement dan peribahasa sendiri

Judge a book by its cover and its content

Kenapa saya mengatakan sebegitu? skema la plak ayatkan
Sebab pada pendapat saya, kita boleh tahu seseorang itu melalui ayat penulisannya, cara perbualannya dengan orang lain, cara pergaulannya dengan orang lain, tingkahlakunya bersama orang lain selain kita, hubungannya dengan keluarga, cara percakapan dengan ibu bapa,orang tua, layanan terhadap guru, masyarakat etc.etc

seriously, saya suka study tingkahlaku manusia. sebab memang dari kecil lagi saya minat bidang psikologi. 

Psikologi. Bidang yang mengkaji tingkah laku manusia secara individu. seronok jugak tengok pelbagai ragam manusia .drp sini, kita dpt belajo sesuatu. dan cara utk adapt dengan orang pelbagai jenis.

Kita boleh kawan semua orang, tapi bila bersahabat, kita kena pilih. 
Sebab saya ni mudah terpengaruh .Kadang kadang tak sedar.sebab tu saya nak bersahabat dengan orang yang dapat dekatkan diri saya dengan pencipta saya,cinta agung saya. 
Saya manusia, masih lemah. harap kawan kawan dapat bimbing saya. tolong jangan lalaikan saya ...


wslm

Sunday, January 30, 2011

Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Maaf la tak smpat nak hapdate
Sebab maktab line tenet bermasalah
Jadi memang tak leh nak hapdate

Baru smpai rumah pg Sabtu aritu
Alhamdulillah


Wednesday, January 19, 2011

Saya Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Kenapa saya berblogging?Kenapa saya menulis di blog ini
Adakah kita ada tujuan dan matlamat kita masing-masing?

Saya mula blogging sejak habis SPM
masa tu akhir tahun 2007.
Lama dah.
tapi tujuan blogging sebab nak tulis kisah diri saya.
tentang aktiviti saya, tentang masalah,jalan p mna.etc etc
Blog ni hanya seperti Diari Elektronik
Ayat pun agak gedikk pada zaman tersebut.

Lama-kelamaan blog ni merupakan medium untuk bercerita kisah diri 
dan ketidakpuasan terhadap orang lain
Ehe~
Kira macam tempat nak lepas ketidakpuasan hati la
Sungguh kanak-kanak .perangai childish
- - - - - - - - - - - - - - - - -

Harap selepas ni dapat menulis sesuatu yang berfaedah
Mungkin dapat bagi input yang berfaedah kepada orang lain
Bukan syok sendiri mcam sebelum sebelum ni.

Apa-apa pun, yg palingg penting sekali 
tiap kali nak post blog tu, niat kerana Allah :)


*ada terbaca, betul ke ek, blog ni melambangkan peribadi tuan blog tu?
wassalam~

Tuesday, January 18, 2011

Simple tapi Bermakna

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam

Saya terjumpa satu ayat yang memberi kesan kepada diri saya
Ayat simple tapi membuatkan saya banyak terfikir
Dan berfikir  ..dan berfikir

Terima kasih kepada Kak Ijj'lal kerana memberi keizinan untuk saya copy ayat ini
Saya nampak ni kat status kak ijj'lal

letih dengan ada bos yang cerewet? parents yang angin tak tentu hala? kawan yang kerenah entah apa-apa?

"pray for him. because its hard to hate people that 

you pray for :) "


macam satu peringatan buat saya sebab biasalah manusia, kita kadang2 ada juga perasaan tak suka kat orang kan. tengok perangai gatal ke ape, terus tak suka.

tp, why not kita berdoa untuk orang itu, daripada membenci dan mengutuk,mengumpat.etc .
Betul tak? kan kan?

InsyaAllah, mari kawan-kawan, kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri
dan berdoa supaya orang-orang yang kita tak berapa suka tu, akan diberi hidayah oleh Allah s.w.t. aminn. 

- - - - - - - - - - - - -






Sunday, January 16, 2011

Dipertanggungjawabkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Tiba-tiba saya teringat akan kata-kata Ustaz Abdullah yang mengatakan

"Nanti kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap apa yang kita dapat, dan bagaimana kita menggunakannya. Adakah kita gunakan rezeki itu ke jalan baik, atau jalan buruk"

Rezeki.Bagi saya semua kita ada ni rezeki dari Allah
anggota badan: Mata,hidung,kaki,telinga,
harta : laptop, handphone, kereta, duit, etc etc

Contoh, laptop ni kita gunakan untuk apa? Untuk tengok cerita korea, hollywood? untuk chatting?
Handphone: Kita mesej dan call siapa? Gewe,boypren? atau mak ayah kita?
Kereta: Kita gune kereta kita untuk pergi ke mana?dating?surau?mejid?
Mata: mata kita tengok apa?ushar2 laki?perempuan? 
Kaki: kaki kita melangkah ke mana?untuk berdating?maksiat?hiburan?konsert?atau surau?
tangan: tangan kita ada tak pegang2 tangan lelaki bkn muhrim?atau pegang alQuran?
Mulut: mulut kita suka mengumpat pasal orang ka?Atau bercakap manja dengan lelaki?
Telinga: telinga ni ada dak dengar lagu2 yg mlalaikan?lagu omputih berunsur lucah?

dan macam-macam lagi.setiap perkara kita buat,akan ditanya Allah


- - - - - - - - - - - 

Perasan tak sekarang ni banyak mende pelik yang berlaku?bencana di mana2
ribut salji teruk di US, banjir besar di Queensland, dan mcm mcm lg
yang pelik tu Queensland tu, Australia jarang kena banjir2 ni
mungkin ni petanda dunia dah tua, nak sampai ajal dunia dah ni
mungkin kiamat pun tak lama dah

Tapi kenapa kita ni manusia, still lagi rasa tak takut?
Masih lagi leka dengan hiburan, asyik bercinta, enjoy?
Sanggup habiskan 3 jam untuk tengok AJL,
 tapi pergi surau solat tak sampai 3 jam taknak pulak pergi

Manusia terlalu sombong, bongkak. Allah bagi kita nikmat dan rezeki macam-macam
Tapi tak pernah bersyukur.Terima kasih pada Dia.
Still lagi tak takut pada Dia walaupun tahu kiamat tu tak lama dah.. .

Ayuh, kita sama-sama berusaha untuk mendekatiNya
mencari hidup dalam keredhaanNya
sebab kita tak tahu adakah kita ni termasuk dalam golongan mana masa akhirat nanti
kita bukan confirm kita masuk syurga ,neraka.

Usaha.Usaha untuk memperbaiki diri sendiri dan usaha mendekatiNya
Usaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini
Usaha walaupun sekecil zarah, tetap dipandangNya
Sayangnya Dia pada kita kan :)

"Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. . . . ."(An-Nahl:96)

wassalam





Thursday, January 13, 2011

Anatomi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Semester ni batch kami belajaq subjek Anatomi dan Fisiologi
Kadang-kadang rasa macam budak Medic pun ada.  *hnss.hnsss* (kembang hidung + syoksendiri)
Bila belajar pasal tubuh badan kita,sistem dalam badan kita, rupanya banyak sangat yang kita tak tahu
Dan yang paling menarik sekali, betapa uniknya ciptaan Allah, setiap manusia dicipta dengan sistem yang kompleks, dan sangat sangat mengagumkan.
Manusia nak cuba tiru pun tak sesempurna ciptaan Allah.

Robot?Klon? Banyak sangat kelemahan
Manusia rasa begitu hebat ciptaan mereka, bangunan tinggi, kereta, dan kemajuan lain lain lagi.
Tapi mereka tak dapat mencipta sesempurna seperti ciptaan Allah.

Struktur Tulang

A cross sectional view through the knee joint   
anterior view of the knee joint

Human Perspectives 3A/3B Book 2 Fifth Edition, TJ Newton & AP Joyce
McGraw Hill Australia Pty Ltd, 2009, pg 200. Reproduced with permission. 

(this blog owner 100% copy from website http://tle.westone.wa.gov.au/content/items/969144ed-0d3b-fa04-2e88-8b23de2a630c/1/human_bio_science_3b.zip/content/003_musculo_skeletal_support/page_09.htm)


Ni antara yang saya belajar. Seriously walaupun lemah dalam Biologi masa sekolah dulu-dulu,
Tapi kalau part hafal-hafal bahagian tulang ke ape ke, saya minat.
Sebab suka tengok gambar-gambar anatomi ni.Menarikk
Bila dah tahu fungsi setiap organ,sel , etc etc, rasa macam nak tahu lagi dan lagi
Rasa teruja pun ada.sebab banyak benda yang kita tak tahu

Pensyarah kami Encik Che Ishak dari jabatan PJ memang sangat best.
Tak pernah ngantok pun dalam kelas dia, memang pelik ah kan sebab saya ni konpem tido dalam kelas
At least sekali dalam sehari.
 Tahniah kepada Encik kerana berjaya menarik perhatian saya supaya menumpukan perhatian dalam kuliah.ehe.kena belajo tips2 cara mengajo dari encik ni.
Dan encik juga menyelitkan juga unsur unsur agama dalam pembelajaran dia. Semoga dibalas oleh Allah atas usahanya utk memahamkan kami semua .

Tak sabar nak tunggu kelas anatomi seterusnya. Setiap Isnin dan Rabu
Curiosity! :)