Sunday, April 15, 2012

terima kasih SK Bukit Kenak

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

selesai sudah praktikum fasa pertama di sk bukit kenak jerteh.
praktikum pertama dan takkan dilupakan dalam hidup

sungguh banyak pengalaman diperoleh.

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah..oopps.silap..semua takkan berlaku tanpa izin Allah..

setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi nikmat dan peluang kepada hambaNya untuk menjalani praktikum dengan bahagia dan gembira selama sebulan. semuanya dengan izin Allah.

terim kasih kepada pihak sekolah,Guru Besar especially sebab beri kami peluang datang sini. walaupun saya sedar kami takdak berinteraksi pun dengan guru besar,tp saya tahu gb skbk ni baik ore nya.igt nak jmpa hari akhir aritu tengok2 beliau takdak. maafkan kami kerana tidak beramah mesra dengan encik. sebenarnya kami cuba membuka mulut tapi tidak ada idea,jadi hanya mampu tersenyum pada encik tiap kali bertemu.

Terima kasih kepada PK1,PK Hem,PK Koko. terutamanya kpd PK HEM, en.Yazid yang sangat mengambil berat kepada kami berlima. rasa seperti seorang bapa mengambil berat tentang anak-anaknya. tidak terasa 'jurang perbezaan' sangat dengan beliau kerana beliau sangat ramah dan kami semua selesa dengan beliau. ye lah, kadang-kadang kita guru praktikum segan/malu dengan cikgu-cikgu lama sebab rasa sangat mentah tak tahu apa-apa.bila ada cikgu yang melayan kami tanpa ada 'gap', seperti rakan sekerja, sangat membantu kami untuk membina keyakinan diri sbg seorang guru. moga

terima kasih juga kepada guru pembimbing saya dan Ina, Kak Yah dan guru pembimbing Sakinah n da geng, Kak Liza. insan berdua ni sangat baik kepada kami. Kak Liza walupun bkn guru pembimbing kami,tapi kami dilayan seperti kami juga anak buahnya. terharu dengan layanan mereka, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan kebaikan kalian.

terima kasih juga kepada guru-guru lain. maafkan kami kerana tidak begitu rapat dengan cikgu-cikgu. satu sebab duk pustaka,tak duk bilik guru. kedua, kami agak sibuk dengan persediaan portfolio dan kerja-kerja lain. almaklumlah pertama kali praktikum, kelam kabut huru hara sikit pengurusan kerja dan masa. tak pandai lagi nak bahagi2 masa. masa utk bersosial,masa untuk bekerja.hehe. apa-apa pn,saya nak puji lah cikgu-cikgu sebab semuanya baik baik belake

Time kasih tak terhingga kepada praktikumates yang hebat hebat, sakinah, ina, maisarah dan fatihah. mereka memang praktikumates terbaikkk.sangat bekerjasama, toleransi, tak berkira. memang A+ + + la untuk depa.

yang terakhir sekali. sebenarnya bukan akhir tapi sebenarnya depa-depa ni la yang paling speciallll. hoho..
buat anak-anak muridku yang hanya sebulan saya mengajar. 5M, 4J, 4M dan 4U. terima kasih banyak-banyakkkkk sangat tak terhingga sebab sudi menerima cikgu sebagai cikgu hampa walaupun sebentar sahaja bersama anda semua.especially 4M yang cikgu masuk 2 atau 3 kali ja.sian depa.

tapi tulus dari hati cikgu, cikgu seronok banget mengajar hampa 4 kelas. cikgu rapat lebihh skit dengan 5M berbanding kelas lain sebab cikgu masuk kelas 5M 2 kali seminggu. kelas lain jangan kecik hati noh. lagipun depa ni 3 kali dijadikan kelas pemerhatian masa pensyarah dan guru pembimbing mai tengok. terima kasih sangat-sangat pada 5M sebab tulun cikgu.:)

tapi hat sebenaqnya, cikgu sayang semua anak murid cikgu! :) alhamdulillah setakat ni cikgu dah berjaya hafai nama hampa-hampa 4 kelas. siap la hampa kalu jumpa cikgu tapi tak tegur cikgu.satgi cikgu hat teguq hampa dulu!hohohoohhho.

tak lupa jugak pada beberapa murid dari 6J. yang cikgu kenai sbb depa ni p latihan bola jaring n bola baling. kenai juga sikit-sikit tp syg gak kat ampa. dan
6U. kelas darjah 6 yang hujung tapi sebenarnya ada keistimewaan dia sendiri. sempat spend dengan 6U masa depa wat jamuan time petang aritu. kenangan bersama mereka takkan dilupakan.hanya murid 6 U dan saya sahaja mengetahui apakah kisah-kisah di petang itu :) cikgu doakan semoga awak semua berjaya dunia akhirat..ingat apa yang cikgu pesan deh!

keseluruhannya, saya berasa sangat seronok dan happy mengajar di SK Bukit Kenak.
banyak sangat yang saya belajar dari murid-murid sekolah ni

kalau mereka buat dosa, mereka buat salah, tolong bimbing dan bantu mereka bagaimana cara yang sebetulnya
bukan dengan marah-marah,tengking-tengking dan menghukum.

role model paling baik untuk para cikgu jadikan idola,ialah Rasulullah s.a.w sendiri.
lemah lembut dalam berdakwah, mendidik umat. subhanallah...

cikgu mendoakan semoga semua anak-anak sekalian membesar menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..
sayang semua anak-anak muridku kerana Allah :)


Wednesday, April 11, 2012

Hari terakhir Praktikum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Khamis ni,12 April 2012 merupakan hari terakhir kami di SK Bukit Kenak sebagai guru praktikum
lepas ni kena masuk kuliah balik...T.T

Dari hari pertama sampai la hari-hari terakhir di SK Bukit Kenak ni, banyak ilmu yang ditimba.

Teringat masa perasaan-perasaan sebelum praktikum,macam-macam.haha.takut, gementar, debor, sampaikan tidur tak lena dengar cerita-cerita senior. ada yang kata waktu praktikum 1st,sampai nangis-nangis la.budak-budak tak boleh kawal la.cikgu macam ni,macam tu la..macam-macam..sampaikan termimpi-mimpi bawa ke tidur.

Tapi, alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Maha Penyayang, sebab beri kita nikmat. Alhamdulillah, saya dapat hadapi praktikum Fasa 1 dengan hati berbunga-bunga dan gembira. seronok jumpa murid-murid. hati rasa gembira tengok budak-budak ni gembira. memang letih dan sibuk waktu praktikum, tapi sahabat-sahabat praktikumate pun kata,"Letih ah,tapi best". alhamdulillah,dapat pratikumate-praktikumate yang best dan beri kerjasama yang sangat baik.

sangat berbeza murid-murid di sini,dengan waktu saya sekolah di St Anne's Convent.di sini,mereka ramai dari keluarga yang susah...berbeza dengan convent, kawan-kawan ramai berkemampuan..

hati rasa makin sayang bila tengok kegigihan kanak-kanak kampung yang pergi ke sekolah walaupun serba kekurangan. Terdetik hati yang kadangkala tidak bersyukur dengan apa yang ada. kehidupan saya waktu sekolah rendah dahulu,serba cukup,tapi still kemalasan belajar..

dan hobi saya ialah bersembang dengan murid-murid. seronok sembang dengan budak-budak berbanding sembang dengan orang dewasa. sebab budak-budak ni kalau dia cakap menyakitkan hati pun, tak terasa mana sebab, alah,budak budak .biasa la. senakal -nakal diorang pun,kalau kita tegur elok-elok,dia dengar , lagipun biasa la umur budak-budak macam ni.aktif dan nakal.tu normal. saya pun tak suka kalau budak pasif yang diam sunyi sepi dalam kelas.lebih baik budak2 yang aktif yang berebut nak jawab sambil menjerit-jerit.

bila sembang-sembang santai dengan murid-murid, baru kita tahu macammana kehidupan dia. lagipun kanak-kanak dia kurang menipu, selalunya cakap jujur.

saya ajar 4 kelas. 5M,4J,4M,4U. setiap kelas berbeza murid-muridnya, dan ada faktor-faktor yang  membuatkan setiap kelas berbeza. bila masuk keempat-empat kelas ni, saya teringat waktu saya sekolah rendah. waktu sekolah dulu, sekolah rendah dan menengah, saya sendiri lihat kalau kawan-kawan akademik bagus, ditatang bagai minyak penuh, tapi bila akademik ni kureng, perhatian kurang diberi malah kena herdik lagi.

Prinsip saya bila jadi cikgu, saya taknak jadi cikgu yang hanya tengok pada markah peperiksaan sahaja. saya nak murid-murid saya jadi manusia berakhlak mulia, bukan tertumpu pada akademik semata-mata.sebab manusia kemampuan dia berbeza, yang penting, murid-murid saya cuba berusaha untuk lebih baik dari sekarang. saya cakap camni sebab saya pun bukan murid yang bijak masa sekolah dulu.hoho..

sekarang...saya dapat rasa, sebab apa Allah tetapkan saya untuk menjadi cikgu, dan bukan belajar psikologi di UIA...Allah....sebaik-baik perancang...alhamdulillah....sungguh besar hikmah yang Allah beri..setelah 4 tahun. baru saya dapat temui hikmah di sebaliknya. :) dan hikmah ini sangat sweet..hehe..

kesimpulannya, praktikum lagi best dari kuliah.ehehe. tapi tanpa kuliah,praktikum tak bermakna. sebab time kuliah la pensyarah kita beri ilmu kan !betoi dak?ok dah habis membebel...

wassalam

Thursday, March 22, 2012

1st Praktikum

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t
alhamdulillah, skrg tgh 1st praktikum..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
syukur kepada Allah kerana beri nikmat dan peluang...

nikmat mendapat kekuatan untuk menghadapi praktikum...yg sebelum ni sampai tak tidur lena,sampai termimpi2 praktikum sebab takut ya amat. T.T ..

Ya Allah..Maha Penyayang,Maha Pemurah..

walaupun kita ni tak perfect,selalu jugak lalai,tpi still bg nikmat pd kita...........

apa lagik alasan kita untuk tidak igt dan syg pd Allah?

nikmat mana yang engkau dustakan??

*kpd org yg selalu alpa seperti saya.........................

Saturday, March 3, 2012

Kamera dan Duniawi

بسم الله الرحمن الرحيم 

 assalamu'alaikum w.b.t

dulu2 sy tgk org pakai DSLR, mesti rasa.
 "eish perabeh duit ja pun. guna kamera besa dah la.lain la kalu reja photographer"

tapi lama2 saya minat gmbar2 DSLR sebab sangat cantik!
tp sy tak suka DSLR sebab dia besar sgt..

namun begitu.ada keluaran terbaru iaitu compact DSLR

NIKON 1


DSLR

you can use it for gain PAHALA or DOSA

kalau tangkap gambar pemandangan,alam ciptaan Allah etc2. dan sebarkan dlm internet.
kalau orang tgk gamba kita tangkap dan timbul rasa ingatkan Allah,cintakan Allah.kagum dgn Allah
in shaa Allah kita dpt saham drp gambar tu

kalau tgkap gmbr tak tutup aurat tu, takpa asalkan simpan utk simpanan peribadi ja la.jgn cuci kat kedai plak. org tukang cuci gmbaq kita tu nmpk pulak aurat kita.

tapi kalau gambar kita tangkap tu kita sebarkan pulak dlm internet
gambar tak tutup aurat,seksi, 
gambar perkahwinan dgn posing yang agak over. etc2
nauzubillah...risau takut kita dpt saham jgk drp gambar2 tu.

sy masih ingat lagi kata2 seorang pengisi yang meminati fotografi dan media,

"Bila kita dah berubah, bukan bermaksud kita perlu tinggalkan semuaa yang kita pernah buat dahulu time kita masih jahiliyah. kita perlu kekalkan sesuatu yg sebati dengan kita yg boleh kita transform kan ke arah kebaikan. macam saya, dulu b4 ni, sy mmg mnat tgkap2 gmbar n buat video.tp tak ada matlamat pun.buat just suka2 n sebab hobi n minat.
tapi lepas sy di'tarbiyah', sy masih kekalkan hobi saya dlm fotografi n video.tapi ada matlamat. matlamat mencari redha Allah. melalui fotografi n video, kita juga boleh berdakwah. Islam itu kan mudah :) 

satu drp cita2 sy, nak beli kamera ni time dah kerja nanti.

tp cita-cita yg first perlu diselesaikan dahulu :)



 

Ombak Rindu..

بسم الله الرحمن الرحيم 
______________________


Seindah sedamai pantai melambai gemalai,
begitulah hati merindu kasih yang padu,
bagaikan pepasir basah disimbah lautan...
begitulah perjuangan ini, 
biar basah dengan iman dan ukhuwwah.. 
-THE ZIKR,SECERAH PAWARNA

____________________________
Assalamua'alaikum w.b.t


subhanallah indah banget lautan di Great Ocean Road(GOR)
sepanjang perjalanan pulang dr adelaide ke melbourne, kami melalui sepanjang GOR
pengalaman yg tak dpt dilihat di tmpat sndiri..subhanallah, indah banget!
sy jatuh cinta  dgn keindahan lautan di GOR. mcm2 bentuk tebing tinggi kita dpt tgk.

bagaimana manusia still sombong dan angkuh,walaupun dah terbentang luas depan mata
petanda Maha Pencipta?

dlm al-Quran.lautan sering disebut2 .

antaranya time kiamat nanti, lautan akan dipanaskan.
Allah juga mberi kita sumber makanan yg byk melalui laut. ikan,sotong.etc2.
menundukkan lautan utk kita,supaya kita boleh belayar di atasnya
pertemuan dua laut
tentang kisah Nabi Musa a.s
dan analogi lautan.
_______

 nak banding dengan keegoan kita,kesombongan kita,
bila dicampak dalam laut, minta tlg Allah juga.
jadik,kenapa perlu rasa hebat dgn orang lain?atau yg lebih utama,rs hebat drp Allah swt?




Dan apabila lautan dipanaskan..(At-Takwir,81:6) 





Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)  (Surah An-Nur 24: Ayat 40) 




Subhanallah,series cantik sangattt kan!cantik to infinity!

harap dengan gambaq2 ni,dpt menambahkan rasa cinta sahabat2 kepada Allah

teringin rasa satu hari nanti pergi lagi tmpat ni..




*this picss credit to arep,my sis's fren yg tlg bw reta .


Friday, February 24, 2012

Seharum Lavender.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum w.b.t

Sejak pulang dari menziarahi kakak saya di Oz, ada beberapa perkara saya sangat rindu
Membuatkan saya rindu untuk bertemu dengan ciptaan-ciptaan Allah ini.Subhanallah, sangat indah! .
antaranya...


1. jatuh cinta pandang kedua dgn Lavender..(sebab pertama kali tengok tak jatuh cinta lagi)
2. kanggaru,koala...sangat mesra dgn manusia..dan mereka sgt cute.lebih cute dr manusia.ehe.
3. pantai sgt indah dan menenangkan setiap jiwa yang melihatnya.subhanallah.hebatnya Allah..kerdilnya diri
4. kambing biri-biri dan lembu .sbb mereka klihatan sangat bahagia bebas di padang yg luas
5. burung2 yang warna warni dan cantik.kicauan sgt comel dan mbahagiakan tiap pendengarnya.


walaupun mereka bukan manusia, tapi mereka adalah makhluk Allah yang hidup. entah boleh jumpa tak lagi, rasa mcam tak je.

tapi kalau kat syurga,mesti diorang ni ada kan? tapi adakah aku layak ke syurga dengan dosa belambak setiap hari??.. T.T

utk post kali ni,nak cerita pasal lavender sepnuhnya. post lain.sy akan cerita tentang mereka2 yg lain  .

1. Lavender. 
(sy tak mampu beli DSLR..tapi canon ixus thn 2008 sudah memadai utk mengingatkan pada keindahan lavender:)

Before ni. selalunya bau lavender pada Ajax Fabuloso.pewangi Glade, dan sebagainya.saya tak berapa suka sebenarnya. namun, sejak bertemu "face to face" dengan Lavender yang real, rs jatuh cinta sungguh. lavender subur hidup di bumi Oz.dekat taman2 byk, dkat rumah sepiah pn byk. entah la kenapa tapi tiap kali tengok lavender,rs excited yg sgt . daun dia wangi,bunga pun wangi. hingga meragut jiwa dan ragaku.ahah.

jom usah lavender yang sangat comel dan kiut miut ni! ^.^






di samping itu, sy terjumpa satu kedai yg khusus utk Lavender.dia juai produk berasaskan lavender. dan apa yang buat saya tertarik dengan kedai ni, dinding dia warna ungu lembut digabung dengan warna krim. rasa sangat menenangkan. dan secara otomatiknya, saya jatuh cinta lagi sekali. jatuh cinta dengan warna 
'Purple Lembut". purple pastel.



_____________________________

Inginku menjadi seperti lavender.
harum mewangi mendamaikan jiwa.
menenangkan sesiapa sahaja yang menghidu wangiannya
walaupun secara fizikalnya tidak secantik mawar atau lili
tetapi mengenali kelebihan dan kekurangannya sendiri! :)'
dan yang pastinya, lavender sentiasa bertasbih memuji Allah!
lavender sentiasa mengingati Allah setiap waktu ^.^
_________

*sahabat, jadilah seperti lavender, mempunyai peribadi yg menenangkan manusia di sekeliling.
memberi manfaat kepada orang lain..
walau secara fizikal tidak secantik orang lain, tapi mengenali kelebihan dan kekurangan diri
dan berusaha untuk meraih redha Allah 
dan meletakkan Allah sbg tujuan hidup dalam hidup ini :)

wslm

  

Saturday, February 18, 2012

blog ging

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum
lama sungguh tak mnulis nukilan di sini!
i really miss blogging!but im so busy!
moga diberi kelapangan kelak utk mnulis in shaa Allah.

Saturday, January 28, 2012

Mood,kembalilah

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum w.b.t.

sebenarnya banyak benda ceq nak share dgn sahabat2 sekalian.
penuh dlm otak ni. tapi disebabkan kemalasan dan takda mood untuk berblogging,
nampaknya terpaksa ditunda pada tarikh2 akan datang.

byk benda nak sharing,tp nantilah. tapi nak tulis.tapi nantilah.nantilah.

tapi ada satu benda nak cakap.

Kematian tu kita tak jangka bila,dan dimana,kerana apa.
Bila Allah tetapkan hari esok kita mati, maka esoklah kita mati
kalau 2bulan lg kita mati, so 2 bln lagilah mmg kita mati.
Allah dah beri kita peluang setiap detik setiap hari.
Walaupun macam mana kita nak lari dari kematian itu,
Kita takkan berjaya walaupun kita duduk dalam rumah elok2, kunci pintu, duk diam tak pegang menda tajam,etc2. Maut pasti menjemput kita!

Apa yg saya hadapi cuti baru ni,mbuat sy terfikir..Ya Allah,takutnya kalau aku yg mati nanti.saat2 tu, smua org tsyang menangisi kematian kita,tapi mereka pun tak dpt membantu kita!hanya diri kita yg dpt membantu diri kita.dengan cara macam mana?dengan cara kita berusaha membuat sesuatu demi mencari keredhaan Allah!kita cintakan Allah,dan buat apa yg Allah suka.

sebab sayang mana pun kita pada manusia, kita perlu cinta dan sayangkan Allah lebih dr kita syg pd manusia!sebab Allah sayang kita, Dia bagi kita macam2 pinjaman. Nyawa,nafas,keluarga,rumah, rezeki.semualah!every single things!

Ya Allah,apelah sgt aku penah buat.rasa mcm tak menyumbang apa2 pun utk agama Islam! tak mnyumbang utk makhluk2 lain!Ya saya takut nak mati, jumpa malaikat dan dpt balasan amalan kita.tapi saya tetap macam ni, tak berubah?!kita takut mati tapi kita sendiri tak berusaha utk berubah ke arah yg lebih diredhai Allah. mengapa?itulah manusia, kita mmg sombong dgn Allah! :(

dlm al-Quran ada byk cite tntg kmatian. antranya ialah apabila manusia dimatikan, barulah nak minta kat Allah, beri peluang untuk hidup sebentar sahaja lagi, supaya dapat beramal kpd Allah. tp waktu tu, Allah mmg tak kasi chance dh,sbb Allah dah beri peringatan dah lama dah. Apakah peringatan Allah itu?banyakk!! Alam ciptaan Allah, keunikan tubuh badan kita, musibah yang melanda diri kita, dugaan, nikmat,etc2.smua itu kita dpt lihat sejak dr baby lagi. tapi kita tak amik peringatan ..
___________________

sama2 doakan supaya kita semua dpt memperbaiki diri dan melakukan usaha untuk mencari cinta Allah.
.sedih kalau kita tak ada apa2 effort utk tolong antara satu sama lain menyedari cinta Allah.kita smua saling sayang menyayangi saudara seIslam kita,jadi marilah kita sama2 membantu walaupun benda kecik shj, at least we have some effort!saya sayangg semua keluarga saya,sanak saudara,kawan2,jiran2.

kdg2, perbuatan kita lebih bermakna daripada kata2 kita..
___________________________________________________________


alam kubur. alamat rumah kita selepas mati nanti. 

Saturday, January 7, 2012

Futurisssstik

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamu'alaikum w.b.t

sbenarnya tak ada ape2 pun,tapi nak cerita jugak.
kadang2 orang kata angan-angan mat jenin
tp pd pdpt sy,angan2 tu sebenaqnya ada juga positifnya.
bila angan2 ,at least kita ada cita2,cuma tak konfirm adakah tcapai atau tidak.

khamis baru ni.ada sorg lecturer minta km perkenalkan diri dan beritahu
cita-cita before mksud maktab dan cita2 akan dtg.dan beliau jugak melihat tandatangan masing2 kat ats kertas
dan nak kata pcaya 100% pasal personaliti bdasarkn tndatgn tu,taklah
cuma bila beliau kata,saya ni futuristik dan suka fikir masa depan.
tiba rasa nak gelak sorang2.
sebab mmg suka berangan dan suka btau kat kwn 

Bila tengok baju2 kat Jusco
"Hmm..nanti aku nak buka kedai baju2 muslimah laa.bgaya tp simple dan kemas dan mnutup aurat"

Bila teman kwn bawa adik dia darjah4 cari skirt  labuh kat jusco tak jumpa
Hmm.nampaknya kena buat pakaian2 comel utk kanak2 yg mnutup aurat

Bila tengok make up pengantin
Hmm.awat kalau pengantin mesti mekap tebai2?sian pengantin,cam opera cina. 
nanti aku nk blajaq solekan lah.aku nak solek org2 yg suka make up natural

Bila tengok org wat doodle comel2
Hmm.nanti aku nak blajaq buat kartun2 doodle gk la.

Bila tengok baju2 pengantin
Hmm.nanti aku nak buat buka butik buat baju pengantin yg longgar2,simple dan cantik lah.

Bila tengok kedai kek
Hmm.aku nak buka kedai kek jugak la nanti

Bila tengok makanan sedap2 dlm buku
Hmm.aku nak masak cmni jugak la nanti

Bila...bila...
hmm..hmm..

sampaikan kwn saya sorang ni kata,"Rasanya smua benda mu kata nak buat sndiri nanti"
ahah!
namun kata-kata nya tidak mematahkan semangat saya utk teruskan berangan!!
kerana saya yakin bila saya berangan, saya ada target.eheh
drp2 smua angan2 tu, hanya angan2 doodle shj yg br sy capai
yg lain masih dlm prancangan.

biarlah angan2 kita tu positif dan beri manfaat pada org lain
bukan angan2 utk syok sendiri :)

wslm

Monday, January 2, 2012

Hijrah 2

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamu'alaikum wbt.

berbalik kpd pengajaran yg dipelajari thn lepas,jadi sy nk menyenaraikan pulak target2 utk Hijrah tahun ini.
ye stiap hari adalah hijrah, tapi bila dikumpoi2 perkara hat blaku thn lpas,maka terciptalah satu target

antara target2 guwer:

  • nk jd hamba Allah yg lebih baik,pd ms sama ajak org lain
  • nak jadi anak yg baik kpd mama ayah,rsnya tiap tahun gagal utk mjadi anak yg baik.
  • nk jd adik dan kakak yg baik kpd adik bradik.
  • nk jd sahabat yg baik kpd sahabat2 yg mengenali diri
  • nak buat baik kat mkcik tukang sapu,drebar bas.etc
  • nak senyum dan bagi salam kat orang (takat yg mampu) 
  • taknak guna beg plastik ketika mbeli di pasaraya!(smangatness di situ.haha)
  • nak sayang kat smua haiwan,dari sekecik-kecik semut shingga sebesar2 ikan paus. slagi haiwan ni tak ganggu kita,jgn bunuh dia.cth plg tdkat smut.kita tgk smut mcm benda x bnyawa pijak2 kadang tu,walaupn depa tak kacau.tp sbnanya smut juga haiwan!takat dia tak msuk dlm paket gula,susu fernleaf,ssekutt(biskut),makanan,etc2.jgn la kaco depa.tp kalu kacau tu,lain cita la.ehe
  •  tanak guna duit dgn boros..tlg sahabat2,igtkan sy ktika sdang membeli.ckp cmni,"org takda duit,nak bli roti pn xmampu."..gunakan duit ke jln yg lebih baik dan bermakna.
  • makan ala kadar.tidoq ala kadar.
  • nak lebih rajin dr sebelum2 ini
  • nak improve english,lepas kena teguq dgn sorg pakcik cina.time kasih uncle!
  • nk hidup sederhana ala kadaq
  • nak lukis kartun2 islamik!
  • etc2 yg positif!
______________________________
harap bukan hangat2 tahi ayam 
cakap tak serupa bikin.
tolong ingatkan saya sama ye
teguq kalau silap salah :)
wslm