Thursday, June 6, 2013

Thursday, May 16, 2013

Banyaknya Habuk

بسم الله الرحمن الرحيم


salam
fuhhhhhhhhhhhhhhhh...fuhhhhhhhhhhhhhhh.fuuuhhhhhhhhhhhhhh
banyaknya habuk kat blog ni.
tahun ini dalam sejarah, ada berapa ketul post sahaja yg telah dipostkan.
nak kata bz nye Final Year lo ni. hohohoho

alhamdulillah ape2 pn, rasa happy sebab banyak yang telah dipelajari sem ni
dan banyak juga perkara terjadi sem ni..perkara yang unexpected yet unbelibebel (unbelievable)

lagipun dah makin dewasa kan,mesti la lagi byk cabaran mendatang
hurmm...............................................................
c u in da next post!



Tuesday, May 7, 2013

Exam Fever

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam
Maaf banget tak sempat nak update
sibukk


almaklumlah dah final year.eheh

inshaAllah ada masa saya update

skrg ni..EXAM mODE! T.T


  

Saturday, March 2, 2013

Baucar BuKUKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
jumaat baru ni gi area pekan KB.
gi jaafar rawas,maka belilah buku-buku ini dengan menggunakan baucar  buku :D





inilah buku-buku ku untuk semester ini. 

ayuh mari membacaa!!:D

*saya fan hilal asyraf.suka penulisan dia, tak tahulah diri dia yg realiti mcm mana tp sy respek ilmu dia.tu buku dia byk saya doh beli.hehe




   

Friday, February 15, 2013

Seronoknya menjadi cikgu :')

بسم الله الرحمن الرحيم



pinterest

Salam

alhamdulillah...seronoknya menjadi cikgu. . . .
baru-baru ni masa gi kenduri kak zana, sembang dgn kak nina.
katanya, jadi cikgu sebenar nanti mmg letih dgn kerja kerani, data, etc2
tapi kita akan terhibur bila tengok kerenah kanak-kanak ni
ada yang mcm tu,ada yg mcm ni.

tersenyum sorang-sorang. meme pung.budak-budak ni kalau pasif ,tak aktif,
tak menghiburkan jugak.
bila banyak2 perangai ni yang mbuatkan kita terhibur. nak marah pun rasa tak jadi marah.
hahaha.adoi la diorang ni.

antara yang membuatkan kita rasa seronok,bila diorang ni masih ingat kita walaupun lama dah tak jumpa. semalam dalam bilik guru, ada no telefon awam naik kat skrin hp, bila jawab,rupanya aiman,anak murid masa praktikum fasa 1,bln3 tahun lepas..terharu rasa,sbb masih igt lg.......
mggu lepas jugak ada sorang murid praktikum fasa 2 tepon, disebabkn rmai sgt anak murid,amik masa 10 saat utk cam mana satu. lama-lama baru teringat dia hat mana satu lepas sebut nama. :)

alhamdulillah, rasa hidup lebih bewarna warni dengan adanya budak-budak ni. :')

kpd bakal guru, walaupun tension dengan peraturan maktab, tapi tahan lah,sat ja.pehtu ampa jadik la cikgu.ehe.





   

Saturday, February 2, 2013

Praktikum LAST.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah 20 Januari 2013, maka bermulalah praktikum fasa 3, yang akan dijalankan selama 3 bulan .Di SK Bukit Tempurong. Nak p sekolah ni jauh jugak,masuk area2 kampung.

Daripada semua fasa, saya rasa, fasa 2 saya paling terukss.buke gapo, teruks sebab malas giler nak buat rph.lagi2 duk rumah sewa,internet takda apa suma.sangat sukarrr ingin mbuat rujukan. dan utk pengetahuan anda anda, praktikum 2 kali sebelum ni saya dapat B. okay. B. haha

tp sangat enjoy sebenarnya ajar budak2 ni.tension time observe je la.time lain best.

masa SKBK dulu,sebulan ja.dan time tu tak reti nak ngajo sangat.so sgt teruks jugak sebenonye. kat sini jugak,kitorang duk kat library,so tak bergaul sgt dgn cikgu2. 
overall, komen saya utk praktikum di skbk, murid2 dia tak nakal sangat,baikk.suke2. sampai skrg teringat lagi kat diorang(Entah diorang ingat tak kat kite.hehe). cikgu2 dia pn baik,cuma 1st praktikum kan,tak pandai nak beramah mesra dgn cikgu,apetah lagi duk library,mmg xbgaul la dgn ckg2.tp scr jujurnya, sy rasa segan sgt dgn ckg2 ms kat sini.entah la, apesal.

ok fasa 2 pulak, SKTMG. 1st dtg sekolah, cikgu2 dia mmg ramah mesra. sempoii. duduk pulak meja dekat area2 pertemuan cikgu laki dan ckg pmpuan.kalau diorang sembang melawak,satu bilik guru dgr.mmg sporting habis ckgu2 sini.kat sini saya kurang segan dh dgn ckg2,maybe sebab duduk dalam bilik guru kot. murid-murid dia pulak....1st time msuk kelas,....mmg tahan je la kesabaran.balik rumah sewa,bergenang air mata.hahahha.kejutan budaya kot,sbb mmg agak nakal susah nak handle banding sekolah sebelum ni. tp alhamdulillah sgt2, kat sk tok motong ni banyak saya belajar perkara baru. belajar mcm mana nak handle bdk2 kategori agak nakal yg ckg2 kureng suka.hhaha.mmg nakal jgk, mmg sgt sgt la uji kesabaran. tapi apa2 pun, sy suka skolah ni .rindu murid2 sktmg..diorang nakal,tp ada keistimewaan tersendiri. 

Fasa terakhirrr..di SK Bukit Tempurong, 1st day dtg, cikgu2 meme ramah sungguh. dan ni 1st time dlm hidup,saya tak rasa segan dgn GB.sbb GB dia sgt sempoi dan sempoi je masuk dgn cikgu2 lain. murid2 dia pulak, alhamdulillah baik2 belake.saya berazam nak berusaha bersungguh-sungguh utk praktikum fasa 3 ni.chaiyooookkkk!!! cikgu2 sini sangat membantu, i loikee.hehe.murid2 pun bagus2. saya bg 5 bintang utk sekolah ni :) doakan saya praktikum di sini ye!ape2 pn,yang penting, nawaitu....lillahita'ala...aminnn

sekarang dalam usaha mengingat nama murid2 ni.dah praktikum 3 buah sekolah,lama2 pening nama diorang ni.sebab ada muka sepesen,ada lebih kurang.ramai gak anak muridku.hehehehe
izinkan saya mengajar dan mendidik anda semua,dgn sebaik mungkin dan penuh kasih syg inshaAllah.aminn


jalan kampung nak p sekolah



 
 


kawasan merentas desa.best sgt,angin sepoi sepoi bahasaaa





inilah suasana odw balik maktab.nak maghrib dah pn




   

Friday, January 18, 2013

Memori murid2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt


Minggu depan saya start praktikum , tiba-tiba teringat kisah-kisah di praktikum sebelumnya. Praktikum Fasa1 dan Fasa 2. Namun begitu, masa Fasa 2 (2 bulan), banyak sungguh memori2 yang terpalit dalam jiwa. 
Saya ditempatkan di sekolah yang majoriti muridnya berasal dari kampung sekitar sekolah jugak. kampung ni black area,byk dadah, jenayah dan sbgnya.sebut je nama kampung ni,mmg femes la kat Jerteh ni, sbg kwsn black area.

Memori di sekolah ni sangat special.sebab kat sekolah ni lah saya belajar,mcm mana la nak handle murid-murid kelas last yg ..ya Allah hanya Allah tahu sahaja cemano perasaan.sgt menguji kesabaran... tapi saya terharu dengan murid-murid ni, sebab walaupun nakal tapi diorang sebenarnya bukanlah jahat. beberapa kisah nak kongsi bersama...

Haiqal. 
DI sekolah ni,Haiqal ni FEMES teramatlah di kalangan cikgu2.sebab nakal, taknak buat keje cikgu bagi,buat masalah, gocoh dgn kwn dan sbgnya.ramai cikgu tak suka dia. 1st day mai sekolah pn, guru besar pesan dah, kelas Haiqal tu,saya kena hati2.ramai cikgu tak suka kelas tu. 

1st time masuk kelas ni, mcm biasalah, Haiqal ni buat perangai. kawan2 dia pun mostly dlm kelas tu, adalah bdk2 aktif dan nakal jugak. disebabkan saya ni mmg jenis tak suka marah-marah sangat budak budak ni, jadi bila Haiqal buat nakal,tak marah pun cuma tegur dia baik baik ja. sebab bdk nakal ni kalau kita marah la kan,mcm tu jgk,lagi dia buat perangai. seorang akak ni ada pesan, Haiqal ni susah sgt nk buat keje dlm kelas.kalau kita suruh salin, dia akan buat taktau, tak keluarkan buku. cikgu2 kata,kalau dia bw keluar buku tu,kira beruntunglah cikgu tu. disebabkan byk komen2 negatif thadap Haiqal ni, saya rasa Haiqal ni mesti ada something di sebalik prangai entah hape2 dia. selama 2 bulan kat sana,mmg Haiqal ni nakal tp makin lama makin ok sikit. kadang2 tersenyum sorang sorang pun ada teringat ke budak ni.

Kereta Kenari ku
Haiqal ni tiap kali sy nak balik,dia akan datang kat kereta. masa pertama kali dia datang tu, sy dah dalam kereta dah.buka la tingkap tny, "ye Haiqal,ada ape2 nak ckp dgn cikgu ke?". lepastu dengan muka nakal sengeh2 tu dia huluq tangan masuk kereta,dan tekan hon. "ponn ponnn". lepastu mmg kalau nak masuk dalam kereta time nak balik, mesti usha dari jauh, Haiqal ada tak kat kawasan parking. pernah sekali tu saya dan ina dah masuk kereta tapi tak tutup pintu lagi. bila nmpak je Haiqal dari jauh, dengan muka sengeh2 dia tu.terus cepat-cepat masuk kereta dan kunci. pastu mula la menepek kat tepi tingkap ,"cikgu,cikgu".  =.=

Haiqal ni pakai jacket Pengawas Pustaka. ada besi sikit kat pinggang jaket tu. satu hari kereta saya calar yang panjang. terfikir juga bila lah kena haritu takda.rupanya baru teringat, Haiqal suka menempek kat tingkap dan otomatiknya besi tu terkena kat kereta. T.T terima kasih Haiqal. 

Buat kerja
masa 1st day masuk kelas, mmg Haiqal taknak buat keje. Adoi mlas nak marah. so sy pun pergi kat meja Haiqal,"Haiqal,haiqal baik kan. haiqal tak bawa buku ke?kalau tak bawa, tulis atas kertas dulu balik nanti lekat." . " Kito bawok buku cikgu.tp kito malah cikgu.puahh.kito puahh". adoi la, lepastu sy pn ckp "oooo.malah.takpo takpo mari cikgu ambik kertas,ambik pensel.cikgu tolong haiqal tulih" .pahtu letak pensel kat tangan dia, letak atas kertas,pegang tgn dia suruh tulih."haaa.ok skrg pensel dah ada kat tgn.skrg cikgu tunggu haiqal tulih". kikiki.lepastu tulis la jugak. 

minggu lepas tu mcm tu jugak, tp cuma g kat Haiqal dgn muka kesian. "Haiqall..oo Haiqal.Haiqal tak kesian ke  kat cikgu. cikgu dtg jauh ni nak ajar Haiqal.kesian cikgu. *berlakon buat muka kesian*lepastu dia kesian kot.dia pun tulis la. tp lepas lepas tu alhamdulillah Haiqal dah rajin sikit. boleh la diharap banding dgn 1st day msuk kelas.

Bahagi kmpulan
Haiqal ni dalam kelas dia duduk area budak2 pasif yg pndiam dan kurang pandai. pernah sekali tu saya bahagi kumpulan,dia duk area budak2 yg pasif. dia pun muka masam taknak bg kerjasama. "Cikgu!!bakpo kito duk dale kmpulan bodo bodo.kito tokse kmpulan nge sek yo!!!" ."Hish Haiqalll.tak baik cakap macam tu. macam mana Haiqal tau hazim,syazwan dgn kamarul ni bodo?mungkin sekarang diorang ni kurang pandai dari Haiqal,tapi tengok la nanti dah besarr diorang lagi hebat dari orang lain dalam kelas ni. Dulu cikgu ada kawan,cikgu lagi pandaiii dari dia masa sekolah. tapiii kann,sekarang dia laggiii hebat dari cikgu.dia belajar kat Amerikaa.."  lepastu ternganga jap Haiqal,then terus diam. 

Asyik Haiqal.Asyik Asyik haiqal
Cikgu, bakpo cikgu cikgu  praktikum suko ko Haiqal sokmo?dulu cikgu praktikum wi hadiah kasut ko Haiqal. sep kito dop dapat pun.
kanak-kanak.mesti diorang tak puas hati kan bila budak nakal, orang bagi plak hadiah kat dia. nanti semua jadi nakal. " Alaaa.tu cikgu dulu.cikgu lain.cikgu tak mboh wi hadiah ko Haiqal. kalau nok wi,cikgu wi semua.". lain terus muka Haiqal.haha

sekali tu Haiqal nak kertas warna lebih sekeping, tp bila sy kira kira semula,kertas warna tak cukup untuk bagi semua orang dapat dua. so tak bg la kertas tu kat Haiqal. dia pun mulalah buat perangai memberontak dia. pastu sy pun habaq, "Mana boleh cikgu bagi kat Haiqal.nanti orang lain tak dapat"
"Ala cikgu bagi la snyap2 bukan diorang tahu pun"
"Cikgu tak boleh buat gitu.cikgu kena adil dengan semuaaa anak murid cikgu. sorang x dpt,semua xdpt. mana boleh lebihkan org lain"
lepastu dia senyap, mai pulak sorg ni nak jugak kertas warna satu lagi. lepastu Haiqal cakap kat dia, "Cikgu dokleh wi ke mu!!cikgu keno adil" .kikiki.

Kunci Pintu
Kalau masuk kelas Haiqal, bila nak keluar ja, Haiqal x bg. "cikgu dokleh keluar,cikgu kena duduk sini gok!" bila pi pintu belakang dia lari2 tutup pintu.gi pntu depan plak lari2 tutup pntu. lepastu saja usik Haiqal, "Haiqal ,nanti cikgu dah takdop mesti Haiqal rindu cikgu kan.kan.kan??" "Ho lohs!!. kito lagi wehi kalu cikgu takdop!!"  .."Elehhhh Haiqal.malu lettew.rindu lettew kat cikgu dgn cikgu ina nanti. nangis2 dalam kelas rindu kat cikgu." ."lalalalala" sambil tutup tangan kat telinga. Haiqal ni ada perangai yg kurang beradab di mana masa awal2 dulu,kalau kita marah dia,dia akan tutup telinga.

Berebut nak angkat barang
Haiqal ni masa mula2 tak heran langsung.tp lama2,dia jeles orang lain angkat barang kita.so dia akan berebut dgn kawan2. kdg2 tu taknak kasi bergaduh, "haa,nah sorang satu amik pen cikgu,gi letak atas meja cikgu" .sonang cite.haha.

Tunggu masa hari last
Masa hari last saya di sekolah, saya dan kawan balik agak lewat, nak dekat pukul 2ptg rasanya sebab nak settle byk benda. masa nak keluar dari bilik guru, ada 4 orang murid tunggu. sorang Haiqal,sorg Ashraf,sorg Zulaika,sorg lg Amir. jadi disebab Zulaika tu dtg skolah jln kaki, sy pn tawar la utk hantar dia balik rumah. Haiqal ni selalu nya naik basikal. jadi bila sy nak gi hantar Zulaika, Haiqal pun cepat cepat masuk dalam kereta jugak. "Cikgu,hanto kito balik rumah.kito dop bawa basikal". "Aik,apesal Haiqal tak naik basikal?"
"Basikal kito relai cikgu. nok bekki,cikgu hanto kito balik rumah deh". *krikk kriikk*




   

Tuesday, December 25, 2012

bigbadwolf -murah Giler

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum wbt
lama bena tak update blog.maaf la.sbb takda idea menarik utk dikongsi bersama anda2 semua
ahaa.hari ni nak cerita sikit pasal Big Bad Wolf Books yang orang duk heboh2 baru ni
BBWB ni adalah pesta buku yang mostly buku2 english tp pada harga yang sangaaatt murah!

sebenaarnya saya mmg minat buku2 omputih, tp disebabkan harga terlalu mahai,maka membantutkan minatku untuk membaca buku2 omputih. zmn sekolah rendah dulu mnat baca Goosebumps, Enid Blyton. tym tu buku goosebump jual rm5 ja kat makro penang. skrg dah besaq2 ni,lama dah tinggal baca buku omputih. English pun berterabuq skrg ni.

memandangnkan inisiatif pihak2 yang caring perihal harga buku omputih mahai gilerr ni, maka wujudlah kedai buku nama BookXcess di mana buku2 ada yang 50% - 70% OFF. memang terbaikkklah. amat mgalakkan rakyat Malaysia membaca buku. jadi, kedai buku ni lah yang menganjurkan Big Bad Wolf bookfair ni. di Mines Exhibition. 9-23 Disember 2012.

Jom tengok buku pa yg telah dibeli.jeng jeng.tapi 5 buah buku ja la. Duit sikit skrg ni.tsktsk



ada satu lagi. tapi letak mane tah.hehe


buku ni rm20. mahai sikit sebab hard cover.tp considered murah gila kot,rasanya harga betul dia dalam rm60 


ni rm10. 

rm8.00

rm8.00


rm3.00

satu lagi novel 'A Lovely Bones' .harga rm8.00 jugak. kat luaq harga dia rm40 rasanya

murah kan???? harap2 tahun depan ada lagi. at least boleh improve English yang tah hape2 dah ni.haha

hope tahun depan ada buku2 Islamic, kat area Religion books. :)



  

Monday, October 1, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
seriously sekarang ni sibuk bangatt
amali dan assignment.pasal praktikum pun tak sempat update
tp in shaa Allah saya cuba juga update.selewat lewatnya bulan 11 nanti :D sekian
tata.wslm



  

Thursday, September 27, 2012

Kembali Menjadi Pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
pehh~baru habis praktikum fasa 2
2Bulan berada di SK Tok Motong.
kenangan yang tak dapat dilupakan.memang banyak belajar dari sekolah ni
nanti saya share cerita dengan hangpaa sumaa

Sekarang busy menjadi pelajar normal kembali
di IPG Kampus Sultan Mizan

Minggu depan sibuk dengan pembentangan jurnal Ekonomi, bentang Nilai dan Etika dan paling susah sekali
amali Keyboard.huwaa T.T untuk amali kali ni, saya pilih lagu Auld Lang Syne. entah la cemano main nanti

yang takleh tahan tu, kena main melody plus chord plus nyanyi sekali!
encik!kami bukan major Muzik,just minor je Muzik T.T